Assalamualikum. .salam sedih dan sayang hamba...
sibuk!!! stiap hari kita disibukkan dengan brmacam tugasan..ader yg tesisnya, ader yg esaimannya, ade yg blajarnya dan sbagainya.namun kita mninggalkan al-Quran yg sering kita sebut sebagai ptunjuk...alasannya kita sibuk dengan kerja.. rumah2 tidak lagi kdengaran ayat suci alQuran sebaliknya lagu2 liar meresap ke dalam badan. yg berpndidikan agama mnuju kpada hiburan nasyid dan segala skurang2 kurang mmberi pngetahuan dalam bergama yg dicari...namun pada masa kini al-Quran ditinggalkan dan lagu2 lain mula mngambil alih tempatnya... al-Quran tidak lagi dibaca, tidak lagi diberi tmpat ,dijadikan hiburan yg mmberi ktanangan dalam masyarakat..
persolan demi persoalan timbul dikalangan kita bakal graduan PENGAJIAN ISLAM yg kita sanjungai, bakal pnerus generasi yang cintakan al-Quran...bakal pndidik yg mndidik agama Islam, bakal pngajar al-Quran.. kata2 smangat sering kita lontarkan bahawa kita ini cintakan Allah, Rasul dan alQuran sbagai panduan wahyu...namun yg perlu kita timbulkan persoalannya berapa kali kita mmbacanya? mndengarnya? cuba memahaminya ? dalam waktu harian kitanamun hanya sekadar mmbaca bacaan yasin malam jumaat sahaja....itu pun bagi mreka yg rajin.antarapersolan yg timbul sejauh mana suka kita mndengar ayat2 suci al-Quran berbanding lagu2 yang lain? rasa jauh kita lbih mnjuruskan kerah hiburan yang lain selain al-Quran.. yg suka dengan dikirnya cenderong mnnyanyikan dikir berbanding al-Quran...yang suka mmbuat lawaknya cnderung kpada lawaknya berbanding al-Quran... yang suka hiburan berbentuk lagu2 lbih cenderung menyanyikan lagu berbanding al-Quran...jadi sama2 kita fikirkan apa berlaku kpad diri kita?? di mana ltaknya al-Quran di dalam diri kita....berhibur , berhiburlah namun jangan sesekali kita tinggalkan al-Quran ....wassalam....
Rabu, 29 Julai 2009
Khamis, 23 Oktober 2008
KONSEP BLOG
Assalamu'alaikum dan salam ukhwah saya ucapkan kepada para sahabat sekalian kerana sudi melawat blog saya dan seterusnya memberi serba sedikit komen yang boleh di manfaatkan. 'Sahabatkumulia' ini adalah blog peribadi saya dan di dalam blog ini saya telah memaparkan beberapa artikel yang boleh di jadikan panduan serta pangajaran buat sahabat semua. Apa yang telah saya kupaskan di dalam blog ini adalah berdasarkan hasil pembacaan serta pemerhatian saya terhadap perkembangan semasa kehidupan masyarakat kita pada zaman sekarang dan saya ingin berkongsi pengalaman tersebut dengan para sahabat.
Saya bukanlah seorang yang mahir dalam bidang penulisan, tetapi melalui blog ini saya ingin mencuba untuk menjadi seorang penulis yang baik dan di samping menyebarkan dakwah. Artikel-artikel yang saya muatkan dalam blog ini adalah berkaitan dengan kehidupan saharian kita seperti isu politik, ekonomi, undang-undang Islam dan lain-lain isu lagi yang para sahabat boleh baca serta hayati isu tersebut. Tujuan saya memaparkan isu-isu ini bukanlah untuk menjatuhkan maruah mana-mana pihak, tetapi ianya sekadar pedoman untuk kita semua.
Sesuai dengan perkembangan teknologi sekarang, sewajarnya blog ini di jadikan medium untuk menyebarkan dakwah. Justeru, saya berharap para sahabat terus berentap dalam arena menyebarkan dakwah melalui blog dan ianya merupakan satu permulaan yang baik sebelum kita melangkah dengan lebih jauh lagi.
Rabu, 22 Oktober 2008
ISU EKONOMI ISLAM ( ISLAM MENGGALAKKAN UMATNYA MENABUNG)
ISLAM sebagai agama syumul, mengatur umatnya tidak terhad kepada aspek sosial, politik dan ibadat, malah ekonomi. Semua norma dan nilai ekonomi diatur dalam sumber hukum Islam sama ada secara langsung atau tidak langsung berbeza dengan hukum ekonomi buatan manusia. Hal ini meletakkan ekonomi Islam jauh lebih unggul berbanding ekonomi kapitalis dan komunis. Contoh yang jelas ialah konsep menabung dalam Islam sebagai usaha untuk menuju sebuah negara damai dan sejahtera.
Islam adalah agama sederhana, yang umatnya sentiasa diarahkan untuk hidup jimat dan tidak berbelanja secara berlebihan. Penjimatan ini perlu dilakukan dengan mengurangkan kecenderungan untuk menggunakan barang keperluan yang membazir dan terlalu mewah. Larangan berbelanja secara berlebihan dan tuntunan agama untuk menggunakan barang berdasarkan konsep halal dan haram, mendorong umat Islam supaya menabung. Ini adalah tanda bahawa seorang Muslim yang baik yang sentiasa mematuhi panduan syariah akan cenderung menabung lebih banyak dibandingkan bukan Islam.
Namun yang jadi permasalahan sekarang adalah mengapa banyak negara Islam jauh lebih terbelakang baik dalam bidang pendidikan, kesihatan dan ekonomi berbanding negara sekular? Padahal kita mengetahui bahawa tingkat tabungan adalah penunjuk penting terhadap kemajuan sesebuah negara. Apakah kerana ketakwaan kita masih diragukan, sehingga kita tidak secara menyeluruh mengikuti aturan Ilahi? Tulisan ini tidak difokuskan untuk menjawab persoalan di atas. Ia hanya cuba menganalisis konsep menabung dalam ekonomi Islam dengan memberikan beberapa dalil naqli terhadap kepentingan menabung dalam Islam, memberikan alasan keperluan menabung dalam Islam dan cuba memaparkan model tabungan cara Islam.. Konsep kesederhanaan dalam berbelanja sangat tegas disebutkan oleh Allah, dan Islam sangat membenci pembaziran.
Selasa, 21 Oktober 2008
ISU PENGHAYATAN ISLAM (MEMBUDAYAKAN SALAM)
Memberi ucapan salam kepada sesiapa sahaja individu yang kita temui adalah suatu perkara yang mudah untuk kita amalkan. Tetapi berapa ramai antara kita yang membiasakan diri dengan memberikan salam sebaik sahaja bertemu dengan rakan-rakan? Ataupun ianya sudah bertukar dengan perkataan ‘hai’ atau ‘hello’ yang menjadi budaya orang-orang barat. Malah ada sesetengah individu merasa megah apabila dapat meniru budaya orang barat kerana ia menganggapnya suatu budaya hidup yang moden. Sebenarnya dalam Islam, memberi ucapan salam kepada orang lain sama ada yang kita kenali mahupun tidak adalah merupakan suatu ibadat dan akan diberi ganjaran oleh Allah S.W.T. Hukumnya adalah sunat. Akan tetapi, orang yang diberi salam oleh orang lain hukumnya wajib menjawab salam tersebut.
Rasulullah S.A.W amat menggalakkan umatnya menyebarkan salam apabila bertemu dengan saudara atau kawan. Akan tetapi kita dilarang untuk memberikan salam atau menjawab salam terhadap orang yang bukan Islam. Konsep salam sebenarnya ialah mendoakan kesejahteraan kepada seseorang itu. Jika kita selalu memberi salam, ini bermakna kita selalu mendoakan kesejahteraan orang lain agar sentiasa dirahmati oleh Allah. Memberi salam adalah suatu amalan yang mulia dan ianya sangat dituntut dalam Islam. Justeru, marilah kita sama-sama membudayakan salam agar kehidupan kita sentiasa diberkati oleh Allah S.W.T.
ISU ILMU-ILMU ISLAM (IBN SINA TOKOH PERUBATAN ISLAM
Sememangnya apabila kita berbicara tentang sejarah dan sumbangan Islam dalam dunia petubatan, kita harus menilai serta menyorot kembali sejarah tamadun Islam itu sendiri. Ia bermula pada zaman Arab Jahiliah dan ketika Rasulullah S.A.W mula menyebarkan Islam di Mekah sehinggalah zaman kejatuhan Islam dengan merosotnya kerajaan Islam di Sepanyol (Cordova). Semenjak permulaan sejarah Islam, tamadun Islam telah menyumbang kepada berbagai-bagai kemajuan kepada masyarakat umumnya dan umat Islam khasnya. Sumbangan Islam yang utama dalam kehidupan manusia adalah sumbangan dalam dunia perubatan.
Antara tokoh yang banyak memberikan sumbangan dalam ilmu perubatan Islam ialah Ibn Sina. Pengaruh Ibnu Sina sebagai seorang doktor perubatan dalam kebudayaan Eropah adalah meluas. Buku karangannya al-Qanun Fit- Tibb (Peraturan Perubatan) terdiri daripada 14 jilid, telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Ilmu perubatan moden banyak mendapat pelajaran daripada Ibnu Sina, dari segi pengunaan ubat, diagnosis dan pembedahan.
Al-Qanun Fit-Tibb juga digunakan sebagai buku teks kedoktoran di berbagai universiti di Perancis. Misalnya di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin telah menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke 17 M. Sementara itu Prof. Phillip K. Hitpi telah menganggap buku tersebut sebagai "Ensiklopedia Kedoktoran". Penulis- penulis Barat telah menganggap Ibnu Sina sebagai ‘Bapa Doktor’ kerana Ibnu Sina telah menyatupadukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen dan pengalaman dari ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi dan pengalaman beliau sendiri.
ISU PEMBINAAN KELUARGA ISLAM
Keluarga adalah merupakan struktur asas bagi keseluruhan sistem sosial dan kebudayaan di dalam Islam. Ia adalah merupakan satu institusi yang menjamin kestabilan sosial dan kebudayaan masyarakat keseluruhannya. Untuk membina sebuah keluarga yang bahagia dan di redai oleh Allah S.W.T. setiap ahli keluarga perlu mengamalkan nilai-nilai Islam di dalam keluarga. Dalam perkara ini, ibu bapa sebagai pemimpin keluarga perlu memainkan peranan agar setiap ahli dapat mengamal serta membudayakan nilai hidup Islam.
Untuk mewujudkan suasana keluarga yang bahagia, kita hendaklah sentiasa mengamalkan amalan solat berjamaah. Bapa sebagai pemimpin keluarga menjadi imam solat kepada isteri dan anak-anak. Seterusnya mengamalkan budaya membaca al-Quran bersama-sama agar kehidupan keluarga sentiasa berada dalam suasana kehidupan Islam. Di samping itu, ibu bapa juga hendaklah membiasakan anak-anak dengan makan bersama tidak pada waktu siang atau malam kerana perjumpaan antara ahli keluarga semasa makan dapat mengeratkan lagi perhubungan.
Disamping itu, setiap ahli keluarga perlu sentiasa tolong menolong di antara satu sama lain serta sentiasa prihatin terhadap ahli keluarga yang lain. Kita tidak boleh mementingkan diri sendiri kerana ia boleh membawa kepincangan dalam keluarga. Selain itu, ibu bapa hendaklah mengasuh anak-anak mengamalkan budaya memberi salam ketika hendak masuk ke rumah kerana memberi salam adalah suatu perkara yang dituntut di dalam Islam.
ISU AKIDAH (AKIDAH ADALAH PENGGERAK HATI)
Ibadah yang dibina di atas dasar akidah akan mengerak dan membentuk hati agar sentiasa patuh kepada ajaran Islam. Akidah beriman kepada Allah S.W.T, beriman kepada hari perhitungan dan pembalasan akan menjadikan hati manusia sentiasa hidup dan berwaspada setiap masa.
Individu itu sentiasa percaya dan menyedari bahawa Allah sentiasa bersamanya di mana sahaja dia berada. Tidak kira di rumah ataupun ketika musafir, di tempat yang nyata atau tersembunyi. Allah itu sentiasa mengetahui, mendengar dan melihat setiap perilaku manusia hatta apa yang terdetik di dalm hati sekalipun tidak di sembunyikan dari pengetahuan Allah S.W.T.
Orang yang beriman kepada Allah S.W.T dan hari Akhirat akan sentiasa menghitung diri, sedar dan waspada kerana menyedari akibat daripada segala pegangan dan tindakannya kelak. Mereka tidak berani untuk berbohong, menzalimi orang lain, khianat, sombong, berpura-pura dan lain-lain lagi akhlak yang buruk sama ada secara nyata atau tersebunyi.
Mereka juga akan selalu mengamalkan akhlak yang mulia kerana dalma hati mereka telah tertanam akidah yang benar. Mereka juga akan sentiasa berhati-hati sebelum beramal dan bertanya terlebih dahulu adakah amalan yang hendak mereka lakukan itu baik ataupun jahat? Mengapa ia perlu beramal? Kerana siapa dia beramal? Serta mereka juga akan selalu muhasabah diri selepas melakukan sesuatu amalan.
Langgan:
Catatan (Atom)
