Rabu, 22 Oktober 2008

ISU EKONOMI ISLAM ( ISLAM MENGGALAKKAN UMATNYA MENABUNG)

ISLAM sebagai agama syumul, mengatur umatnya tidak terhad kepada aspek sosial, politik dan ibadat, malah ekonomi. Semua norma dan nilai ekonomi diatur dalam sumber hukum Islam sama ada secara langsung atau tidak langsung berbeza dengan hukum ekonomi buatan manusia. Hal ini meletakkan ekonomi Islam jauh lebih unggul berbanding ekonomi kapitalis dan komunis. Contoh yang jelas ialah konsep menabung dalam Islam sebagai usaha untuk menuju sebuah negara damai dan sejahtera.


Islam adalah agama sederhana, yang umatnya sentiasa diarahkan untuk hidup jimat dan tidak berbelanja secara berlebihan. Penjimatan ini perlu dilakukan dengan mengurangkan kecenderungan untuk menggunakan barang keperluan yang membazir dan terlalu mewah. Larangan berbelanja secara berlebihan dan tuntunan agama untuk menggunakan barang berdasarkan konsep halal dan haram, mendorong umat Islam supaya menabung. Ini adalah tanda bahawa seorang Muslim yang baik yang sentiasa mematuhi panduan syariah akan cenderung menabung lebih banyak dibandingkan bukan Islam.
Namun yang jadi permasalahan sekarang adalah mengapa banyak negara Islam jauh lebih terbelakang baik dalam bidang pendidikan, kesihatan dan ekonomi berbanding negara sekular? Padahal kita mengetahui bahawa tingkat tabungan adalah penunjuk penting terhadap kemajuan sesebuah negara. Apakah kerana ketakwaan kita masih diragukan, sehingga kita tidak secara menyeluruh mengikuti aturan Ilahi? Tulisan ini tidak difokuskan untuk menjawab persoalan di atas. Ia hanya cuba menganalisis konsep menabung dalam ekonomi Islam dengan memberikan beberapa dalil naqli terhadap kepentingan menabung dalam Islam, memberikan alasan keperluan menabung dalam Islam dan cuba memaparkan model tabungan cara Islam.. Konsep kesederhanaan dalam berbelanja sangat tegas disebutkan oleh Allah, dan Islam sangat membenci pembaziran.

Tiada ulasan: