Sabtu, 18 Oktober 2008

Isu Negara Islam

Apabila membicarakan mengenai Islam, sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa pihak Barat sering melihat Islam sebagai suatu agama yang mempunyai unsur-unsur keganasan dan fanatisme. Imej yang dipaparkan ini seolah-olah mewakili bahawa keseluruhan umat Islam di kacamata dunia adalah negative. Kefahaman ini sebenarnya menyeleweng daripada realiti dan hakikat sebenar tentang umat serta negara Islam.

Media massa sering kali melaporkan isu yang melibatkan negara Islam seolah-olah Islam menganjurkan kepada keganasan dan kekerasan. Sebenarnya isu keganasan telah lama muncul di Barat, namun Barat ingin menonjolkan dalam dunia Islam dengan mempropagandakannya supaya dapat memberikan pandangan negatif kepada Islam.

Jika dilihat scenario kini, banyak peristiwa- peristiwa yang menyebabkan isu-isu semasa sering dikaitkan dengan imej Islam yang buruk sekaligus tempiasnya kena kepada negara Islam. Adakah benar ajaran Islam itu menganjur kepada kekerasan, memaksa dan cenderung kepada kejahatan? Sejauh mana kebenaran yang mengatakan bahawa Islam itu mengajar kepada unsur-unsurtersebut? Justeru, umat Islam harus sedar dan bangkit untuk menjawab persolan tersebut kerana barat sering kali mencari peluang untuk menjatuh Islam seterusnya menghapuskan negara Islam dari muka bumi ini.

Tiada ulasan: