Perlembagaan merupakan elemen penting bagi menjamin kebajikan dan keselamatan rakyat dan negara. Undang-undang Islam telah diperuntukkan dalam perlembagaan yang menyentuh kepada hal-hal tertentu seperti muamalah dan kekeluargaan. Namun, pendekatan secara komprehensif perlu dilaksanakan secara menyeluruh. Undang-undang Islam perlu dilaksanakan secara berperingkat-peringkat termasuk yang menyentuh soal undang-undang jenayah seperti hudud, qisas dan ta’zir. Undang-undan ini sebenarnya telah termaktub dalam Al-Quran tetapi tidak dipraktikkan secata total dalam masyarakat. Oleh itu, masalah-masalah yang berlaku tidak berkesudahan malahan semakin meningkat.
Melalui perlaksanaan undang- undang Islam juga, masalah de-Islamisasi (proses penghakisan iman dan penurunan tahap penghayatan Islam) dapat ditangani dan dibanteras dari akar umbinya kerana ia mampu mengubah dan mengawal segala masalah termasuk gejala sosial, masalah penyelewengan akidah dan masalah yang berkaitan dengan kebajikan masyarakat. Ini kerana undang-undang islam adalah undang-undang Allah yang mengetahui tabiat dan keperluan manusia secara tepat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan