Selasa, 21 Oktober 2008

ISU PENGHAYATAN ISLAM (MEMBUDAYAKAN SALAM)

Memberi ucapan salam kepada sesiapa sahaja individu yang kita temui adalah suatu perkara yang mudah untuk kita amalkan. Tetapi berapa ramai antara kita yang membiasakan diri dengan memberikan salam sebaik sahaja bertemu dengan rakan-rakan? Ataupun ianya sudah bertukar dengan perkataan ‘hai’ atau ‘hello’ yang menjadi budaya orang-orang barat. Malah ada sesetengah individu merasa megah apabila dapat meniru budaya orang barat kerana ia menganggapnya suatu budaya hidup yang moden. Sebenarnya dalam Islam, memberi ucapan salam kepada orang lain sama ada yang kita kenali mahupun tidak adalah merupakan suatu ibadat dan akan diberi ganjaran oleh Allah S.W.T. Hukumnya adalah sunat. Akan tetapi, orang yang diberi salam oleh orang lain hukumnya wajib menjawab salam tersebut.


Rasulullah S.A.W amat menggalakkan umatnya menyebarkan salam apabila bertemu dengan saudara atau kawan. Akan tetapi kita dilarang untuk memberikan salam atau menjawab salam terhadap orang yang bukan Islam. Konsep salam sebenarnya ialah mendoakan kesejahteraan kepada seseorang itu. Jika kita selalu memberi salam, ini bermakna kita selalu mendoakan kesejahteraan orang lain agar sentiasa dirahmati oleh Allah. Memberi salam adalah suatu amalan yang mulia dan ianya sangat dituntut dalam Islam. Justeru, marilah kita sama-sama membudayakan salam agar kehidupan kita sentiasa diberkati oleh Allah S.W.T.

1 ulasan:

zakiah othman berkata...

Memberi salam merupakan tuntutan dalam Islam..memberi salam adalah sunat..dan menjawab salam adalah wajib..satu perkara yang ingin saya kongsikan di sini ialah bagaimana etika memberi salam dikalangan mahasiwa kepada pensyarah-pensyarah di kampus..apa yang saya perhatikan mahasiswa ini menjadi malu untuk memberi salam kepada pensyarah-pensyarah walhal mereka ini telah mencurahkan ilmu yang sangat berguna kepada kita..walaupun berselisih bahu, walaupun mata berpandangan, tapi mulut berat untuk memberi salam jauh sekali untuk bertanyakan khabar..oleh itu saya berharap kepada rakan-rakan sekalian dan mengingatkan diri saya juga..ringan-ringankanlah untuk memberi salam kepada sesiapa sahaja..wassalam